Syarat Pemilihan :
- Pelajar sekolah yang berkenaan.
- Jumlah ahli antara 25 hingga 30 orang yang diwakili oleh pelajar setiap tingkatan 2,3 dan 4.
- Berminat serta mempunyai pengetahuan asas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
- Memiliki rekod akademik yang baik.
- Mempunyai rekod disiplin yang baik.
- Prosedur Pemilihan
- Pemilihan pelajar atau ahli berdasarkan borang permohonan dan pencalonan guru.
- Pelajar yang dicalonkan akan menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilih.
- Pelajar-pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah.
- Keutamaan diberi kepada pelajar yang tidak memegang sebarang jawatan badan khas lain di sekolah.
- Insentif Keanggotaan
Keanggotaan Bridget Bestari memberikan insentif berikut kepada pelajar:
- Berpeluang untuk mempelajari dan mengendalikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.
- Berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam dan di luar sekolah.
- Pengiktirafan dan penghargaan yang sesuai sebagai galakan kepada ahli Bridget Bestari.
- Diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan ICT di sekolah.